Wednesday 21 November 2012

TERKINI

Alhamdulillah hari berganti hari, Homestay makin bertambah ceria..dengan penambahan dan keceriaan..
  • Wall paper baru yang menyenangkan minda
  • Ruang tamu dah tambah kerusi

  • Bilik Utama dengan almari baru, Penghawa Dingin,Bilik air sendiri

  • Dapur dah ada peti Ais, Pinggan mangkuk

  • Bilik ke 3 dah tambah katil, ada kipas dan Penghawa Dingin dan Almari baju

  1. Wifi percuma
  2. Harga RM180.00/malam. 
Hubungi 019-5551544 @ 05-3655045 Hj Shahori sekarang..

Monday 24 September 2012

Homestay Muslim

Alhamdulillah kini Homestay Muslim kami mempunyai:
  1. 3 Bilik
  2. 2 Penyaman Udara (Econd) bilik hadapan dan belakang, katil Queen
  3. Peti Ais
  4. Tv
  5. Wifi percuma
  6. Ruang rehat yang besar
Bilik Utama
Ruang Rehat
Bilik Tengah, 2 katil dan tilam tambahan

Harga terkini RM160.00 semalam. Jika dua malam kami beri RM150.00 semalam.
Hubungi Hj Shahori 019-5551544 @ 05-3655045

Saturday 28 July 2012

Motor BESAR

Alhamdullilah 14 julai ada 3 penunggang motor,suami isteri menyewa. mereka tiba selepas maghrib dan keluar selepas jam9 pagi..

Wednesday 6 June 2012

Pelanggan

Alhamdulillah 25-27 Mei ada 2 keluarga masuk menyewa BATUGAJAHOMESTAY sempena perkahwinan keluarga mereka di Taman Desa Pengkalan.

1-3 Jun pun 2 keluarga menyewa BATUGAJAHOMESTAY untu majlis kenduri Perkahwinan keluarga mereka di Batu 10,Tg Tualang. Mereka dari Pontian Johor..terima kasih. jumpa lagi..

Thursday 24 May 2012

Penghawa Dingin

Dah cari-cari penghawa dingin yang agak sesuai untuk bilik utama, akhirnya ditemui. Petang 23 Mei siap dipasang dibilik utama. Insyaallah ada rezeki akan dipasang disemua bilik..
25-27 Mei dah ada yang tempah..Alhamdulillah. Hari ni juga dah pasang langsir,paip mandi dan lain-lain keperluan.

Monday 21 May 2012

SIAP untuk disewa

 Bahagian Luar Rumah
 Ruang Tamu
 Bilik Utama ada Air cond dan Bilik air
 Bilik tengah 2 katil dan tilam tambahan
 Bilik belakang katil  Queen
Alhamdulillah 2 hari minggu terakhir bulan Mei dah ada yang booking nak masuk..Mudah-mudahan berpanjangan..Jika berminat hubungi Hj Shahori 019-555 1544.. Promosi RM120 satu malam. 25 dan 26 Mei dah ada..2-4 Jun pun dah ada..

3 Bilik, 2 bilik air. Air cond, Wifi percuma 24 jam.. TV
15 minit ke Ipoh, 15 minit ke Seri Iskandar
Tepi Lebuhraya Ipoh - Lumut

Sunday 13 May 2012

WAJAH BARU

Alhamdullillah setelah selesai sarapan bersama keluarga, terus menyiapkan tugasan bersama isteri dan anak-anak untuk mencantikkan lagi wajah BATUGAJAHOMESTAY  di No 13 laluan Batu Gajah Perdana 10, taman Batu Gajah Perdana,31550 Pusing, Perak..

API

10 Mei seusai tugas menghantar anak-anak balik rumah, terus ke Tenaga Nasional Berhad(TNB) yang dulunya dipanggil Lembaga Letrik Negara untuk menguruskan penyambungan api. Kena sediakan:-
  1. Salinan surat perjanjian
  2. Salinan Kad Pengenalan sendiri dan Saksi (orang rumah la mudah)
  3. Stem hasil RM10 (beli di Pejabat Pos)
  4. Bayaran RM150.00
Dah siap semuanya, saya bertanya kerani yang bertugas dengan panggilan 'kakak' walaupun lebih muda dari saya untuk tarikh pemasangan meter..dibelakang saya dia gelak-gelak dengan rakannya..

Alhamdulillah 11 Mei dah pasang meter, lampu ada yang hidup dan ada yang dah rosak...modal lagi...

Wednesday 9 May 2012

Air


09 Mei 2012, selepas usai bertugas jam 2.15 petang, terus ke Lembaga Air Perak di Batu Gajah. Berurusan penyambungan bekalan Air. Cukup mudah dan selesa. Hanya perlu photostate surat dan Kad Pengenalan. Bayaran RM90.00 di LAP. Sebelah petang kontraktor datang pasang meter, RM130 lagi kena.....air dah ada...

Monday 7 May 2012

SELAMAT DATANG

Insyaallah akan dibuka pertengahan Mei. Harga promosi RM120.00 semalam.
1. 3 bilik
2. 2 bilik air
3. TV
4. Internet percuma

Masih dalam pengubahsuaian dan penambahbaikan..
No 13 Laluan Bg Perdana 10, Taman Batu Gajah Perdana, 31550 Pusing, Perak.
Tel: 019-555 1544 @ 05-365 5045 - Hj Shahori