Thursday 24 May 2012

Penghawa Dingin

Dah cari-cari penghawa dingin yang agak sesuai untuk bilik utama, akhirnya ditemui. Petang 23 Mei siap dipasang dibilik utama. Insyaallah ada rezeki akan dipasang disemua bilik..
25-27 Mei dah ada yang tempah..Alhamdulillah. Hari ni juga dah pasang langsir,paip mandi dan lain-lain keperluan.

Monday 21 May 2012

SIAP untuk disewa

 Bahagian Luar Rumah
 Ruang Tamu
 Bilik Utama ada Air cond dan Bilik air
 Bilik tengah 2 katil dan tilam tambahan
 Bilik belakang katil  Queen
Alhamdulillah 2 hari minggu terakhir bulan Mei dah ada yang booking nak masuk..Mudah-mudahan berpanjangan..Jika berminat hubungi Hj Shahori 019-555 1544.. Promosi RM120 satu malam. 25 dan 26 Mei dah ada..2-4 Jun pun dah ada..

3 Bilik, 2 bilik air. Air cond, Wifi percuma 24 jam.. TV
15 minit ke Ipoh, 15 minit ke Seri Iskandar
Tepi Lebuhraya Ipoh - Lumut

Sunday 13 May 2012

WAJAH BARU

Alhamdullillah setelah selesai sarapan bersama keluarga, terus menyiapkan tugasan bersama isteri dan anak-anak untuk mencantikkan lagi wajah BATUGAJAHOMESTAY  di No 13 laluan Batu Gajah Perdana 10, taman Batu Gajah Perdana,31550 Pusing, Perak..

API

10 Mei seusai tugas menghantar anak-anak balik rumah, terus ke Tenaga Nasional Berhad(TNB) yang dulunya dipanggil Lembaga Letrik Negara untuk menguruskan penyambungan api. Kena sediakan:-
  1. Salinan surat perjanjian
  2. Salinan Kad Pengenalan sendiri dan Saksi (orang rumah la mudah)
  3. Stem hasil RM10 (beli di Pejabat Pos)
  4. Bayaran RM150.00
Dah siap semuanya, saya bertanya kerani yang bertugas dengan panggilan 'kakak' walaupun lebih muda dari saya untuk tarikh pemasangan meter..dibelakang saya dia gelak-gelak dengan rakannya..

Alhamdulillah 11 Mei dah pasang meter, lampu ada yang hidup dan ada yang dah rosak...modal lagi...

Wednesday 9 May 2012

Air


09 Mei 2012, selepas usai bertugas jam 2.15 petang, terus ke Lembaga Air Perak di Batu Gajah. Berurusan penyambungan bekalan Air. Cukup mudah dan selesa. Hanya perlu photostate surat dan Kad Pengenalan. Bayaran RM90.00 di LAP. Sebelah petang kontraktor datang pasang meter, RM130 lagi kena.....air dah ada...

Monday 7 May 2012

SELAMAT DATANG

Insyaallah akan dibuka pertengahan Mei. Harga promosi RM120.00 semalam.
1. 3 bilik
2. 2 bilik air
3. TV
4. Internet percuma

Masih dalam pengubahsuaian dan penambahbaikan..
No 13 Laluan Bg Perdana 10, Taman Batu Gajah Perdana, 31550 Pusing, Perak.
Tel: 019-555 1544 @ 05-365 5045 - Hj Shahori